Tuesday 28 October 2014

KHASIAT & CARA : BERTANGAS

BERTANGAS

Sejak 200 tahun lalu masyarakat Melayu mengamalkan bertangas sebagai rawatan kesihatan dan kecantikan. Bertangas ni juga diamalkan di negara-negara lain contohnya di Amerika Selatan yang lebih dikenali dengan cara ‘bajos’ dan juga di Korea dipanggil ‘chai yok’. Walaupun sebutan atau gelarannya berbeza namun teknik dan caranya adalah hampir sama iaitu dengan menggunakan gabungan beberapa jenis herba.

Amalan bertangas masih menjadi pilihan sebahagian wanita walaupun pada masa kini terdapat pelbagai rawatan kecantikan moden yang ditawarkan untuk golongan hawa. Sebenarnya, amalan bertangas mempunyai fungsinya yang sama dengan sauna atau mandi wap yang terdapat di spa. Bertangas yang pada kebiasaannya dilakukan selepas bersalin dan haid itu tidak terhad untuk kaum wanita sahaja. Malah, kaum lelaki boleh mencuba rawatan itu untuk proses pembakaran lemak selain membantu mengeluarkan peluh dan mewangikan badan.

Jika dahulu rawatan bertangas dilakukan secara duduk di atas ramuan rebusan herba, kini rawatan itu diperbaharui dengan kain disediakan untuk menyelubungi tubuh sambil duduk di bawah rebusan herba.

KHASIAT

Bertangas sangat sesuai dilakukan oleh wanita yang baru sahaja melahirkan anak dan selepas haid bagi mengeluarkan peluh serta toksin dari badan. Bagi wanita bersalin, ia juga dapat membantu proses penyembuhan dan pengecutan rahim dengan cepat. Dalam jangka masa panjang ia dapat menghidari daripada penyakit puan seperti keputihan, saluran sulit yang longgar, rahim rendah dan keluar tombong (prolapse). Dengan mengamalkan tangas, pengamal boleh merasakan khasiat dan perubahan seawal 2 kali rawatan.

Wanita mengandung adalah ditegas dari melakukan rawatan ini.

Wanita sudah berkahwin dan anak dara: Sebaiknya dilakukan selepas habis haid, diamalkan 1-3 kali seminggu untuk mendapat kesan terbaik. Merawat keputihan dan bau. Menegangkan kulit. Mengelak pelbagai penyakit kelamin dan rahim. Mengelakkan rahim jatuh dan keluar tombong.

Wanita Berpantang: Rawatan bertangas boleh dilakukan setiap hari selama 44 hari. Bertangas adalah rawatan yang boleh dilakukan selepas mandi air rebusan herba (campuran pelbagai herba dan daun-daun pokok kayu) bagi wanita berpantang. Manfaat bertangas adalah agar luka cepat kering dan jahitan cepat sembuh, mengelakkan jangitan kuman pada bahagian sulit, nifas yang lawas dan cepat kering, kembali ketat, mengecut rahim serta, mengelakkan keluar tombong (prolapse).

Wanita Berusia: Sebaiknya diamalkan 1-3 kali seminggu. Untuk mengembalikan “lembapan kewanitaan”, terutama bagi wanita yang mengalami pra-monopos atau yang telah monopos. Menegangkan dan mengembalikan lembapan pada kulit di bahagian sulit.

TEMPOH RAWATAN

Tempoh maksimum rawatan bertangas ialah selama 30 minit dan tidak boleh melebihi tempoh tersebut bagi mengelakkan tubuh mengalami masalah kekeringan air.

Namun, sebelum mencubanya, faktor kesihatan perlu diambil kira terutama untuk mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi dan masalah jantung manakala yang baru mencubanya, masa selama 15 minit sudah mencukupi.

Selepas bertangas, sebaiknya minum segelas air masak untuk menggantikan air yang telah keluar dari badan melului peluh. Dan seeloknya hanya mandi selepas tempoh 15 minit selesai bertangas.

JENIS BERTANGAS

Rawatan bertangas terdapat dalam pelbagai cara dan ramuan. Dua kaedah yang biasa diamalkan ialah bertangas kering dan basah. Tangah boleh dilakukan kepada seluruh bahagian tubuh ataupun hanya tertumpu pada bahagian sulit.

BERTANGAS BASAH

Bertangas basah menggunakan ramuan rempah ratus dan herba yang direbus. Wap yang dihasilkan air rebusan inilah yang digunakan untuk bertangas. Bertangas dibuat dengan menyelubung seluruh badan dengan kain dari paras leher ke paras lantai agar wap tangas menyeluruh kena pada badan.
Amalan ini dapat menghasilkan daya kelembapan kulit yang mantap di bahagian alat sulit. Rawatan  juga dapat mengelakkan kelesuan kulit dan bau badan. Ketika rawatan bertangas basah, boleh amalkan senaman kemutan otot rahim atau Kegel exercise untuk kekuatan otot faraj dan rahim.

Proses rawatan bertangas secara tradisional adalah dengan memasukkan air panas yang dicampurkan sedikit dengan air sejuk untuk mengelakkan kecederaan ke dalam besen yang besar serta dicampurkan ramuan-ramuan herba yang telah dibersihkan seperti buah manjakani, asam keping, daun sirih, daun kunyit, halia merah, daun mengkudu, buah pala serta sedikit garam dan bermacam-macam lagi sumber asli yang kebanyakannya boleh didapati di dapur masing-masing.

Setelah dibiarkan beberapa minit, wanita yang akan menjalani rawatan bertangas akan masuk dan duduk di dalam besen tersebut supaya air campuran herba mengenai bahagian sulit mereka. Di samping itu, mereka boleh menggosok bahagian sulit dengan air campuran herba tersebut untuk kesan yang lebih baik.

Ramuan tangas basah:
• 10 keping asam gelugur
• 3 biji manjakani atau 1 sudu besar serbuk manjakani
• 3 helai daun sirih
• 2 sudu besar garam kasar
• Segenggam inai
• 2 cm halia
• Serumpun serai wangi (termasuk daunnya)
• Boleh juga ditambah dengan daunan dari pokok-pokok herba

Caranya :
Rebus semua bahan bersama air sehingga mendidih. Rebus di dalam periuk tanah dan kemudiannya bertangas selama 15-30 minit. Air yang sejuk boleh dijadikan bahan pencuci bahagian sulit.

BERTANGAS KERING

Bertangas kering juga dikenali sebagai bertangas herba. Ia menggunakan batu sungai yang dipanaskan. Ramuan tertentu ditumbuk halus dan kemudiannya diletakkan di atas batu sungai yang panas tadi. Wap yang terhasil dari keduanya ini digunakan untuk bertangas. Pengamal kemudiannya duduk diatas kerusi tangas sehingga panas dan wapnya berkurangan.

Ramuan tangas kering:
Tumbuk halus bahan-bahan ini
• 1 sudu besar serbuk manjakani
• 1 sudu besar inai
• 1 sudu besar kunyit hidup
• 1 sudu besar jintan hitam
• 1 sudu besar halba
• 1 sudu besar garam kasar
• ½ cawan perahan limau nipis
• 9 keping asam gelugur

Caranya :
Panaskan batu sungai atau batu tanah liat di atas dapur. Alaskan daun sireh dalam periuk/mangkuk tanah. Masukkan batu yang telah pun betul-betul panas. Letakkan ramuan yang telah ditumbuk halus di atas batu. Sedia untuk digunakan.

DAPATKAN SERBUK DAN KAPSUL MANJAKANI ASLI, PURE GROUND MANJAQANI
WHATSAPP 019 9969 221

Sunday 26 October 2014

GRAB NOW!

Grab now! Pre Year End Sale still on.

Manjakani capsules and powder

Buy 3 bottles of PGM 60 caps FREE 2 packets of PGM 10g powder + FREE Delivery.
ONLY RM105 WM, RM110 EM (worth RM142)

www.facebook.com/messages/manjaqani
WhatsApp 019 9969 221

KHASIAT MANJAQANI

Inilah sebabnya manjakani dipanggil "Buah Ajaib", disebabkan khasiatnya yang menyembuhkan dan mencegah 1001 jenis penyakit!!! Memang sangat-sangat bagus untuk diamalkan. Anda takkan menyesal. PM  www.facebook.com/messages/manjaqani atau whatsApp 019 9969 221 utk pertanyaan dan order

Friday 24 October 2014

PRE YEAR END SALE

Assalamualaikum

Seperti yang dijanjikan, kita buat PRE YEAR END SALE (merangkap sempena Awal Muharram juga 😀).

HANYA UNTUK HARI INI 25 OCT SEHINGGA 12 TGH HARI ISNIN 27 OCT.

Payment dan inform before 12 tgh hari isnin ya. Delivery akan dibuat pada hari Selasa 28 Oct. Sila PM www.facebook.com/messages/manjaqani atau whatsApp 019 9969 221 untuk order dan nombor akaun

JOM SHOPPING! wiwiwiwi 💋💋💋

RAWATAN MERUANG. CARA DAN KHASIAT.

KHASIAT MERUANG

Rawatan meruang dilakukan setiap kali berhadas besar. Samada selepas haid, kedatangan nifas atau selepas bersenggama dengan suami.

Bidan-bidan terdahulu sangat menitikberatkan kemantapan dan kebersihan faraj setiap kali habis tempoh berpantang kerana:

1. Mengelakkan keluarnya bau bangkai dari faraj akibat kotoran darah nifas yg tertinggal.
2. Mencegah dari keputihan
3. Salah satu usaha mencegah dari penyakit kelamin kerana jangkitan atau penyakit puan seperti cyst, fibroid, polip mahupun kanser pangkal rahim.
4. Memantapkan tiang seri kenikmatan suami isteri.

Kesihatan rahim dapat dipelihara jika kebersihan dijaga rapi.

Melalui proses ini, kalian akan dapat merasa "kemantapan" tiang seri. Jika bahagian dinding dalam terasa keras menggerutu seperti gigi maka ia bermaksud faraj anda sangat-sangat memuaskan hati suami. Jika faraj anda terasa longgar, tiada gigi dan berlecak maksudnya faraj anda tidak rapi.

Meruang juga merupakan cara-cara untuk berhadas besar bagi wanita. Jika masih ada lagi darah di ruang farajnya selepas meruang beberapa kali, wanita itu tidak wajib solat.

Dan bagi yg nak jaga extra dalaman faraj, selepas selesai meruang, bilas dan lap kering. Teknik "insert" manjaqani boleh dipraktiskan dengan kedudukan meruang. Ketika masukkan bebola manjaqani mahupun ketika mahu membersihkan sisa selepas serbuk digunakan. Juga boleh amalkan meruang dengan minyak berubat herba. Lakukan setiap pagi dan malam sebelum tidur.

POSISI MERUANG:

1. Duduk di atas toilet bowl
[Sila rujuk gambar 1]

2. Berdiri dengan 1 kaki di angkat atas toilet bowl
[Sila rujuk gambar 2]

3. Mencangkung dengan 1 lutut ke bawah
[Sila rujuk gambar 3]

CARA MERUANG:

1. Bersihkan jari dengan pencuci.

2. Tarik nafas dan masukkan jari sedalam mungkin, sehingga ke Ruas 3 jari [sila rujuk gambar 4] sambil rilekkan paha, perut dan tekan pada bahagian ari-ari. Untuk anak dara, memadai jika masukkan jari sehingga ke Ruas 1 sahaja.

3. Korek dicelah-celah dinding dalam faraj [sila rujuk gambar 5]. Kalian akan rasa bahagian menggerutu. Pusing dan korek keluar segala lendir, keputihan, lebihan darah atau sisa mani.

Adapt and edit by Manjaqani
Written and credit to Siti Aishah Confinement
Original article http://kakbidan.blogspot.com/2014/10/rawatan-meruang-cara-dan-khasiat.html?m=1&zx=16539da005893af7

Thursday 23 October 2014

Maal Hijrah 1436H

TAHUKAH ANDA SEJARAH MANJAKANI BHGN. 2

Penggunaan manjakani dalam bidang perubatan telah bermula sejak berzaman dahulu oleh orang Arab, India, Cina, Parsi dan Melayu. Terutama dalam ubatan kesihatan wanita merawat masalah rahim dan juga sebagai anti-septik.

"Manjakani apabila dikisar dengan air sehingga pekat kemudian disapu pada faraj selama setengah jam lamanya. Dengan izin Tuhan, akan mengetatkan bahagian sulit itu."

Perkara ini telah ditulis di dalam buku amalan perubatan Tradisional Melayu oleh Ali Zulfikar berjudul "Dunia Nikmat" pada tahun 1954. Buku ini antara buku yang menerangkan kegunaan manjakani dan buku-buku ini telah hampir lenyap dari himpunan rujukan perubatan Tradisional Melayu.

Berdasarkan pada catatan sejarah, India telah mengimport manjakani dari Syria sejak berabad yang lalu. Ilmu tentang keajaiban manjakani untuk membaikpulih otot vagina telah dipelajari dari pedagang India yang datang berdagang ke Kedah atau ke Melaka 1500 tahun yang lalu. Teknik perubatan ini turut tercatat dalam manual hubungan kelamin India purba, Kamasutra pada 250 selepas masihi.

Namun begitu, catatan tentang kemujaraban herba manjakani dalam perubatan kesihatan wanita sebenarnya telah ditemui seawal 100 selepas masihi apabila Soranus, seorang pakar sakit puan dari Rom pada zaman itu, menulis tentang manjakani dalam buku perubatan sakit puan miliknya. Ia adalah satu-satunya rujukan tentang sakit puan pada zaman itu sehingga abad ke-16.

Di dalam bukunya Soranus menulis:

"Kisar daun mint segar, tambahkan air dan manjakani, kemudian keringkan. Sapu pada bahagian lapisan dalam vagina sebelum hubungan kelamin"

-Web sources-

Saturday 4 October 2014

TAHUKAH ANDA - SEJARAH MANJAKANI BHGN. 1 (VERSI EROPAH)

Buah manjakani tumbuh dari pokok Mempening atau lebih dikenali sebagai pokok Oak. Di Eropah ia dikenali sebagai buah oak gall. Nama saintifik manjakani adalah Quercus infectoria Oliv.


Campuran ekstrak oak gall dan bahan kimia iron (II) sulfate digunakan secara meluas sebagai bahan utama dalam pembuatan dakwat pada abad ke-4 sehingga abad ke-19. Malah masih kekal digunakan di abad ke-20 hingga kini. Dakwat ini dipanggil iron gall ink sangat terkenal kerana ia bersifat kekal dan kalis air. Banyak kitab-kitab malah manuskrip penting dan terkenal dari zaman itu ditulis dengan dakwat ini termasuklah manuskrip Kristian purba Greek, Codex Sinaiticus, dianggarkan telah ditulis pada abad ke-4. Manakala di Britain dan France telah menetapkan semua dokumen Di-Raja dan perundangan kerajaan mesti ditulis menggunakan iron gall ink.