Monday, 17 November 2014

19 PETUA MENGEMPISKAN PERUT SELEPAS BERSALIN

Pilihan 1:
Ambil sebiji limau nipis diperah airnya atau sedikit air asam jawa pekat. Kemudian campur sedikit kapur sirih. Jika dikhuatiri gatal, titiskan beberapa titisan minyak mestika, kayu putih, atau minyak berangin yang lain. Memang diakui gatalnya, tetapi amat mujarab dan amat memuaskan hasilnya. Sapuka0an pada perut, biarkan ia kering sebentar sebelum memakai bengkung sepanjang waktu berpantang ataupun ketika waktu malam sahaja. Boleh juga dibalut dengan daun sireh sebelum memakai bengkung. Ulangi proses ini setiap pagi dan petang selama 40 hari berturut-turut selepas bersalin.

Pilihan 2:
Ambil sedikit cuka , garam dan kunyit dan kisar. Tampal pada perut dan bengkung perut ketika dalam pantang.

Pilihan 3:
Ambil sedikit beras dan kisar halus, sedikit cekur, gula merah, air asam jawa dan sedikit air suam diadun kesemuanya. Kemudian tapis dan minum. Amalkan seminggu 4 kali.

Pilihan 4:
Ambil halia lebih kurang 3 sentimeter, limau nipis besar sebiji, sedikit air suam, secubit garam dan lada hitam lebih kurang 15 biji. Kisar dan tumbuk. Adun dan tapis. Minum airnya. Lakukan sehingga mendapat hasil yang dikehendaki.

Pilihan 5:
Ambil lengkuas padi/helang/ ranting - iaitu ubi, daun dan batang ditumbuk halus dan tampal pada perut bertujuan membuang angin. Sekaligus untuk mengecutkan perut. Selain itu baik juga untuk disapu pada badan bagi mengubati lenguh-lenguh badan ataupun sakit sendi.

Pilihan 6:
Ambil asam jawa, jadam dan air mendidih dan adun. Tampal pada perut dan bengkungkan, sepanjang tempoh berpantang.

Pilihan 7:
Ambil beberapa potongan halia dan tumbuk halus dan gaulkan dengan perahan asam jawa yang pekat. Seterusnya makan dengan nasi. Hasilnya, perut menjadi kempis malah pengaliran darah dalam badan juga akan lebih teratur. Wajah anda akan tampak lebih sihat dan berseri.

Pilihan 8:
Daun jambu serta kapur sirih digiling dan disapu pada perut setiap hari sehingga mencapai hasil yang memuaskan.

Pilihan 9:
Ambil lada hitam lebih kurang 2 ½ genggam. Kemudian tumbuk halus, campur dengan sebiji ragi tapai. Gaulkan bersama cuka bercampur air asam jawa. Setelah ramuan digaul sebati, sapu pada perut serta keliling pinggang. Kemudian, bengkung kuat atau ketat.

Pilihan 10:
Tambahkan 2 sudu makan minyak zaitun ke dalam masakan yang berminyak, bersantan, berlemak atau berkolesterol tinggi seperti kambing, lembu, kerbau, udang dan sebagainya. Dengan kaedah ini, semua lemak akan menjadi sisa tanpa diserap ke dalam badan. Ia juga boleh menghilangkan perut buncit, lemak serta mengatasi masalah berat badan.

Pilihan 11:
Ambil beberapa biji limau kasturi dan ambil jusnya. Perahkan ke dalam kapur makan. Gaul rata dan sapu ke bahagian perut yang buncit.

Pilihan 12:
Campurkan sedikit kapur makan, 5 helai daun sirih, beberapa titik minyak kayu putih dan satu sudu besar air limau nipis. Sapukan ramuan ini pada perut dan pakailah bengkung. Lakukan sehinnga nampak perubuhannya.

Pilihan 13:
Bancuh sedikit asam jawa, segelas air panas dan garam. Embunkannya semalaman. Keesokkan paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka.

Pilihan 14:
Amalkan memakan 1 biji tomato sehari yang sedang besarnya dan tidak begitu ranum.

Pilihan 15:
Tanak kelapa hingga menjadi minyak. Setelah sejuk, sapukan pada perut. Biarkan selama 10 minit. Lakukan setiap hari sehingga menampakkan hasilnya.

Pilihan 16:
Didihkan jadam dengan sedikit air asam jawa sehingga pekat. Apabila suam, lumurkan pada perut sebelum memakai bengkung.

Pilihan 17:
Sekiranya anda makan nasi, jangan disulami dengan air. Minum air setelah selesai makan dan sebaik-baiknya minum ½ jam - 3 jam kemudiannya.

Pilihan 18:
Ambil segenggam cekur, tepung beras, asam dan gula merah secukupnya, gula pasir dan garam. Semua bahan itu ditumbuk halus. Kemudian masukkan air sebanyak ½ gelas. Air tersebut ditapis dan diminum. Amalkan ia selama 4 hari berturut-turut.

Pilihan 19:
Ambil beberapa biji buah delima. Kupas kulitnya dan jemur sehingga kering. Setelah kering, rebuskan ia dengan sedikit garam. Air rebusan kulit buah delima ini hendaklah diminum selalu bagi mengempiskan perut.  

Sumber: www.opzzpinky.my

Sunday, 2 November 2014

WHOLESALE PROMO - PROMOSI BORONG : MANJAKANI KAPSUL DAN SERBUK

Hi and salam uols....
This month kita nak open promo for wholesaler. Sesiapa berminat nak berniaga nak untung lebih jom borong skrg. Only valid for NOV 2014. Kita jual sebotol 60 biji kapsul ye..

PRICELIST AS BELOW ( 20 BOTTLES OF PGM 60 CAPSULES ) - INCLUDES POSLAJU

Semenanjung Malaysia RM505 ( normal price RM513 )
Sabah RM510 ( normal price RM519 )
Sarawak RM517 (normal price RM517 )
Cash On Delivery only at Paka & Kerteh RM500 ( normal price RM504 )
* Flyers included

TAK CUKUP 20 BOTOL?? Don't worry. Borong lebih akan dpt lg less. Boleh dirunding

WhatsApp 019 9969 221 or PM www.facebook.com/messages/manjaqani for more information

#manjaqani #manjakani #manjakaniasli #malaysiansale #sale #2014

TAHUKAH ANDA - APA ITU ALEPPO?

TAHUKAH ANDA - APA ITU ALEPPO?

Manjakani Aleppo dinamakan demikian kerana ia adalah hasil tanaman dari bumi Aleppo, sebuah negeri di Syria. Manjakani Aleppo adalah antara yang TERBAIK DI DUNIA dan telah didagangkan keseluruh dunia sejak berkurun lamanya.

Aleppo (Bahasa Arab: حلب / Halab) adalah bandar terbesar di Syria dan berfungsi sebagai ibu kota Aleppo Governorate, negeri di Syria yang paling ramai penduduk. Ia terletak di barat laut Syria, 310 kilometer (193 batu) dari Damsyik. Menurut Biro Statistik Syria (CBS) pada 2004, kepadatan penduduk di Aleppo mencecah seramai 2,132,100 orang. Menurut anggaran rasmi yang diumumkan oleh Majlis Bandaraya Aleppo pada 2005, penduduk kota itu telah meningkat ke 2,301,570 pada akhir tahun 2005. Aleppo juga merupakan salah satu daripada bandar-bandar terbesar di Levant. Selama berabad-abad lamanya, Aleppo adalah kawasan di bandar terbesar di Syria dan ketiga terbesar dalam Empayar Uthmaniyyah, selepas Constantinople dan Kaherah

Aleppo adalah salah satu kota yang tertua dihuni di dunia, ia telah dihuni sejak mungkin seawal milenium ke-6 SM. Penemuan khazanah di “Tell as-Sawda” dan ”Tell al-Ansari”, di selatan bandar lama Aleppo, menunjukkan bahawa kawasan tersebut telah dijajah sejak sekurang-kurangnya di penghujung zaman milenium ke-3 SM. Ini juga apabila Aleppo pertama kalinya disebutkan dalam batu bersurat yang ditemui di Ebla dan Mesopotamia, di mana batu bersurat ini terkenal dengan penerangan kemahiran perdagangan dan ketenteraan. Permulaan sejarah Allepo yang panjang ini mungkin disebabkan oleh kedudukan pusat dagangannya yang strategik iaitu ditengah laluan antara Laut Mediterranean dan Mesopotamia (iaitu Iraq moden).

Lebih daripada 80% daripada penduduk Aleppo adalah Muslim Sunni. Kebanyakan dari penduduknya adalah orang Arab diikuti dengan orang Kurdi. Kumpulan Islam yang lain termasuk beberapa dari etnik Turkmens, Circassians, Chechen, Albania, Bosnia, dan Bulgaria.  Sebagai salah satu komuniti Kristian terbesar di Timur Tengah, Aleppo menempatkan ramai penganut Kristian timur, terutama Armenia, Assyria / Syriacs dan Melkite Yunani. Dari segi sejarah, bandar ini merupakan pusat utama Perancis Katolik pendakwah di Syria. Pada masa kini, lebih daripada 250,000 orang Kristian tinggal di bandar ini iaitu mewakili kira-kira 12% daripada jumlah penduduk. Penduduk berbahasa Arab dari Aleppo menggunakan dialek Syria Utara dari Levantine Arab.

Peperangan Aleppo (Bahasa Arab: معركة حلب) adalah konfrontasi ketenteraan di Aleppo, Syria melibatkan pihak Tentera Bebas Syria, Islamic Front, Unit Pertahanan Rakyat dan mujahidin terhadap kerajaan Syria dan Hizbullah. Pertempuran itu bermula pada 19 Julai 2012 adalah sebahagian daripada Perang Saudara Syria. Pertempuran meningkat di akhir bulan Julai di bandar terbesar Syria yang memegang kepentingan strategik dan ekonomi yang besar. Ratusan ribu orang telah dipaksa untuk berpindah. Pertempuran itu juga menyebabkan kemusnahan bencana dari Bandar Lama, sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Peperangan Aleppo ini masih belum berakhir sehingga kini..

DAPATKAN KISARAN BUAH MANJAKANI TANPA CAMPURAN, PURE GROUND MANJAQANI UNTUK MEMBANTU MENGEMBALIKAN KEKUATAN OTOT MISVEE ANDA.
KINI BUAH MANJAQANI DALAM KAPSUL! MUDAH DAN TIADA LAGI RASA PAHIT!

TANPA KIMIA. TANPA PENGAWET. TANPA CAMPURAN. 100% DARI BUAH MANJAKANI
PURE GROUND MANJAQANI
http://www.facebook.com/manjaqani
WhatsApp 0199969221 (Madah Abdul Rahman)