Sunday, 2 November 2014

TAHUKAH ANDA - APA ITU ALEPPO?

TAHUKAH ANDA - APA ITU ALEPPO?

Manjakani Aleppo dinamakan demikian kerana ia adalah hasil tanaman dari bumi Aleppo, sebuah negeri di Syria. Manjakani Aleppo adalah antara yang TERBAIK DI DUNIA dan telah didagangkan keseluruh dunia sejak berkurun lamanya.

Aleppo (Bahasa Arab: حلب / Halab) adalah bandar terbesar di Syria dan berfungsi sebagai ibu kota Aleppo Governorate, negeri di Syria yang paling ramai penduduk. Ia terletak di barat laut Syria, 310 kilometer (193 batu) dari Damsyik. Menurut Biro Statistik Syria (CBS) pada 2004, kepadatan penduduk di Aleppo mencecah seramai 2,132,100 orang. Menurut anggaran rasmi yang diumumkan oleh Majlis Bandaraya Aleppo pada 2005, penduduk kota itu telah meningkat ke 2,301,570 pada akhir tahun 2005. Aleppo juga merupakan salah satu daripada bandar-bandar terbesar di Levant. Selama berabad-abad lamanya, Aleppo adalah kawasan di bandar terbesar di Syria dan ketiga terbesar dalam Empayar Uthmaniyyah, selepas Constantinople dan Kaherah

Aleppo adalah salah satu kota yang tertua dihuni di dunia, ia telah dihuni sejak mungkin seawal milenium ke-6 SM. Penemuan khazanah di “Tell as-Sawda” dan ”Tell al-Ansari”, di selatan bandar lama Aleppo, menunjukkan bahawa kawasan tersebut telah dijajah sejak sekurang-kurangnya di penghujung zaman milenium ke-3 SM. Ini juga apabila Aleppo pertama kalinya disebutkan dalam batu bersurat yang ditemui di Ebla dan Mesopotamia, di mana batu bersurat ini terkenal dengan penerangan kemahiran perdagangan dan ketenteraan. Permulaan sejarah Allepo yang panjang ini mungkin disebabkan oleh kedudukan pusat dagangannya yang strategik iaitu ditengah laluan antara Laut Mediterranean dan Mesopotamia (iaitu Iraq moden).

Lebih daripada 80% daripada penduduk Aleppo adalah Muslim Sunni. Kebanyakan dari penduduknya adalah orang Arab diikuti dengan orang Kurdi. Kumpulan Islam yang lain termasuk beberapa dari etnik Turkmens, Circassians, Chechen, Albania, Bosnia, dan Bulgaria.  Sebagai salah satu komuniti Kristian terbesar di Timur Tengah, Aleppo menempatkan ramai penganut Kristian timur, terutama Armenia, Assyria / Syriacs dan Melkite Yunani. Dari segi sejarah, bandar ini merupakan pusat utama Perancis Katolik pendakwah di Syria. Pada masa kini, lebih daripada 250,000 orang Kristian tinggal di bandar ini iaitu mewakili kira-kira 12% daripada jumlah penduduk. Penduduk berbahasa Arab dari Aleppo menggunakan dialek Syria Utara dari Levantine Arab.

Peperangan Aleppo (Bahasa Arab: معركة حلب) adalah konfrontasi ketenteraan di Aleppo, Syria melibatkan pihak Tentera Bebas Syria, Islamic Front, Unit Pertahanan Rakyat dan mujahidin terhadap kerajaan Syria dan Hizbullah. Pertempuran itu bermula pada 19 Julai 2012 adalah sebahagian daripada Perang Saudara Syria. Pertempuran meningkat di akhir bulan Julai di bandar terbesar Syria yang memegang kepentingan strategik dan ekonomi yang besar. Ratusan ribu orang telah dipaksa untuk berpindah. Pertempuran itu juga menyebabkan kemusnahan bencana dari Bandar Lama, sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Peperangan Aleppo ini masih belum berakhir sehingga kini..

DAPATKAN KISARAN BUAH MANJAKANI TANPA CAMPURAN, PURE GROUND MANJAQANI UNTUK MEMBANTU MENGEMBALIKAN KEKUATAN OTOT MISVEE ANDA.
KINI BUAH MANJAQANI DALAM KAPSUL! MUDAH DAN TIADA LAGI RASA PAHIT!

TANPA KIMIA. TANPA PENGAWET. TANPA CAMPURAN. 100% DARI BUAH MANJAKANI
PURE GROUND MANJAQANI
http://www.facebook.com/manjaqani
WhatsApp 0199969221 (Madah Abdul Rahman)

No comments:

Post a Comment