BERTANGAS
Sejak 200 tahun lalu masyarakat Melayu mengamalkan bertangas sebagai rawatan kesihatan dan kecantikan. Bertangas ni juga diamalkan di negara-negara lain contohnya di Amerika Selatan yang lebih dikenali dengan cara ‘bajos’ dan juga di Korea dipanggil ‘chai yok’. Walaupun sebutan atau gelarannya berbeza namun teknik dan caranya adalah hampir sama iaitu dengan menggunakan gabungan beberapa jenis herba.
Amalan bertangas masih menjadi pilihan sebahagian wanita walaupun pada masa kini terdapat pelbagai rawatan kecantikan moden yang ditawarkan untuk golongan hawa. Sebenarnya, amalan bertangas mempunyai fungsinya yang sama dengan sauna atau mandi wap yang terdapat di spa. Bertangas yang pada kebiasaannya dilakukan selepas bersalin dan haid itu tidak terhad untuk kaum wanita sahaja. Malah, kaum lelaki boleh mencuba rawatan itu untuk proses pembakaran lemak selain membantu mengeluarkan peluh dan mewangikan badan.
Jika dahulu rawatan bertangas dilakukan secara duduk di atas ramuan rebusan herba, kini rawatan itu diperbaharui dengan kain disediakan untuk menyelubungi tubuh sambil duduk di bawah rebusan herba.
KHASIAT
Bertangas sangat sesuai dilakukan oleh wanita yang baru sahaja melahirkan anak dan selepas haid bagi mengeluarkan peluh serta toksin dari badan. Bagi wanita bersalin, ia juga dapat membantu proses penyembuhan dan pengecutan rahim dengan cepat. Dalam jangka masa panjang ia dapat menghidari daripada penyakit puan seperti keputihan, saluran sulit yang longgar, rahim rendah dan keluar tombong (prolapse). Dengan mengamalkan tangas, pengamal boleh merasakan khasiat dan perubahan seawal 2 kali rawatan.
Wanita mengandung adalah ditegas dari melakukan rawatan ini.
Wanita sudah berkahwin dan anak dara: Sebaiknya dilakukan selepas habis haid, diamalkan 1-3 kali seminggu untuk mendapat kesan terbaik. Merawat keputihan dan bau. Menegangkan kulit. Mengelak pelbagai penyakit kelamin dan rahim. Mengelakkan rahim jatuh dan keluar tombong.
Wanita Berpantang: Rawatan bertangas boleh dilakukan setiap hari selama 44 hari. Bertangas adalah rawatan yang boleh dilakukan selepas mandi air rebusan herba (campuran pelbagai herba dan daun-daun pokok kayu) bagi wanita berpantang. Manfaat bertangas adalah agar luka cepat kering dan jahitan cepat sembuh, mengelakkan jangitan kuman pada bahagian sulit, nifas yang lawas dan cepat kering, kembali ketat, mengecut rahim serta, mengelakkan keluar tombong (prolapse).
Wanita Berusia: Sebaiknya diamalkan 1-3 kali seminggu. Untuk mengembalikan “lembapan kewanitaan”, terutama bagi wanita yang mengalami pra-monopos atau yang telah monopos. Menegangkan dan mengembalikan lembapan pada kulit di bahagian sulit.
TEMPOH RAWATAN
Tempoh maksimum rawatan bertangas ialah selama 30 minit dan tidak boleh melebihi tempoh tersebut bagi mengelakkan tubuh mengalami masalah kekeringan air.
Namun, sebelum mencubanya, faktor kesihatan perlu diambil kira terutama untuk mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi dan masalah jantung manakala yang baru mencubanya, masa selama 15 minit sudah mencukupi.
Selepas bertangas, sebaiknya minum segelas air masak untuk menggantikan air yang telah keluar dari badan melului peluh. Dan seeloknya hanya mandi selepas tempoh 15 minit selesai bertangas.
JENIS BERTANGAS
Rawatan bertangas terdapat dalam pelbagai cara dan ramuan. Dua kaedah yang biasa diamalkan ialah bertangas kering dan basah. Tangah boleh dilakukan kepada seluruh bahagian tubuh ataupun hanya tertumpu pada bahagian sulit.
BERTANGAS BASAH
Bertangas basah menggunakan ramuan rempah ratus dan herba yang direbus. Wap yang dihasilkan air rebusan inilah yang digunakan untuk bertangas. Bertangas dibuat dengan menyelubung seluruh badan dengan kain dari paras leher ke paras lantai agar wap tangas menyeluruh kena pada badan.
Amalan ini dapat menghasilkan daya kelembapan kulit yang mantap di bahagian alat sulit. Rawatan juga dapat mengelakkan kelesuan kulit dan bau badan. Ketika rawatan bertangas basah, boleh amalkan senaman kemutan otot rahim atau Kegel exercise untuk kekuatan otot faraj dan rahim.
Proses rawatan bertangas secara tradisional adalah dengan memasukkan air panas yang dicampurkan sedikit dengan air sejuk untuk mengelakkan kecederaan ke dalam besen yang besar serta dicampurkan ramuan-ramuan herba yang telah dibersihkan seperti buah manjakani, asam keping, daun sirih, daun kunyit, halia merah, daun mengkudu, buah pala serta sedikit garam dan bermacam-macam lagi sumber asli yang kebanyakannya boleh didapati di dapur masing-masing.
Setelah dibiarkan beberapa minit, wanita yang akan menjalani rawatan bertangas akan masuk dan duduk di dalam besen tersebut supaya air campuran herba mengenai bahagian sulit mereka. Di samping itu, mereka boleh menggosok bahagian sulit dengan air campuran herba tersebut untuk kesan yang lebih baik.
Ramuan tangas basah:
• 10 keping asam gelugur
• 3 biji manjakani atau 1 sudu besar serbuk manjakani
• 3 helai daun sirih
• 2 sudu besar garam kasar
• Segenggam inai
• 2 cm halia
• Serumpun serai wangi (termasuk daunnya)
• Boleh juga ditambah dengan daunan dari pokok-pokok herba
Caranya :
Rebus semua bahan bersama air sehingga mendidih. Rebus di dalam periuk tanah dan kemudiannya bertangas selama 15-30 minit. Air yang sejuk boleh dijadikan bahan pencuci bahagian sulit.
BERTANGAS KERING
Bertangas kering juga dikenali sebagai bertangas herba. Ia menggunakan batu sungai yang dipanaskan. Ramuan tertentu ditumbuk halus dan kemudiannya diletakkan di atas batu sungai yang panas tadi. Wap yang terhasil dari keduanya ini digunakan untuk bertangas. Pengamal kemudiannya duduk diatas kerusi tangas sehingga panas dan wapnya berkurangan.
Ramuan tangas kering:
Tumbuk halus bahan-bahan ini
• 1 sudu besar serbuk manjakani
• 1 sudu besar inai
• 1 sudu besar kunyit hidup
• 1 sudu besar jintan hitam
• 1 sudu besar halba
• 1 sudu besar garam kasar
• ½ cawan perahan limau nipis
• 9 keping asam gelugur
Caranya :
Panaskan batu sungai atau batu tanah liat di atas dapur. Alaskan daun sireh dalam periuk/mangkuk tanah. Masukkan batu yang telah pun betul-betul panas. Letakkan ramuan yang telah ditumbuk halus di atas batu. Sedia untuk digunakan.
DAPATKAN SERBUK DAN KAPSUL MANJAKANI ASLI, PURE GROUND MANJAQANI
WHATSAPP 019 9969 221
Boleh ka mandi lepas betangas...tq
ReplyDeleteSebaiknye rehat 5-10min. Dah sejuk sikit badan baru mandi
ReplyDeleteAssalamualaikum. Saya tak pernah bertangas sblum ini. Skrg mgandung anak ketiga. Mcm nk buat nnt masa pantang. Saya baca boleh dduk dlm besen yg ada air campuran herba tu. Boleh tahu. Duduk dlm posisi kaki kedepan keduanya atau kangkang dan rendam hingga kene semua bhagian sulit atau sebahagian sahaja? Maaf byk tny.
ReplyDeleteUntuk anak dara, bolehkah bertangas ketika waktu subur (ovulation time)?
ReplyDelete