Penggunaan manjakani dalam bidang perubatan telah bermula sejak berzaman dahulu oleh orang Arab, India, Cina, Parsi dan Melayu. Terutama dalam ubatan kesihatan wanita merawat masalah rahim dan juga sebagai anti-septik.
"Manjakani apabila dikisar dengan air sehingga pekat kemudian disapu pada faraj selama setengah jam lamanya. Dengan izin Tuhan, akan mengetatkan bahagian sulit itu."
Perkara ini telah ditulis di dalam buku amalan perubatan Tradisional Melayu oleh Ali Zulfikar berjudul "Dunia Nikmat" pada tahun 1954. Buku ini antara buku yang menerangkan kegunaan manjakani dan buku-buku ini telah hampir lenyap dari himpunan rujukan perubatan Tradisional Melayu.
Berdasarkan pada catatan sejarah, India telah mengimport manjakani dari Syria sejak berabad yang lalu. Ilmu tentang keajaiban manjakani untuk membaikpulih otot vagina telah dipelajari dari pedagang India yang datang berdagang ke Kedah atau ke Melaka 1500 tahun yang lalu. Teknik perubatan ini turut tercatat dalam manual hubungan kelamin India purba, Kamasutra pada 250 selepas masihi.
Namun begitu, catatan tentang kemujaraban herba manjakani dalam perubatan kesihatan wanita sebenarnya telah ditemui seawal 100 selepas masihi apabila Soranus, seorang pakar sakit puan dari Rom pada zaman itu, menulis tentang manjakani dalam buku perubatan sakit puan miliknya. Ia adalah satu-satunya rujukan tentang sakit puan pada zaman itu sehingga abad ke-16.
Di dalam bukunya Soranus menulis:
"Kisar daun mint segar, tambahkan air dan manjakani, kemudian keringkan. Sapu pada bahagian lapisan dalam vagina sebelum hubungan kelamin"
-Web sources-
No comments:
Post a Comment