Thursday 17 October 2013

Kelahiran ManjaQani : Produk Manjakani Dalam Kapsul

Assalamualaikum..

Rasanya memang ketara sangat, brand ManjaQani datang dari nama bahan utama produk kami iaitu buah Manjakani. Dalam bahasa enggeris manjakani dipanggil oak gall.

Manjakani atau nama saintifiknya Quercus Infectoria Oliv berasal dari pokok-pokok oak asli ke Asia Minor dan Parsi. Mereka dihasilkan apabila daun pokok oak (Quercus infectoria) yang ditembusi oleh tebuan berbisa. Tindak balas kimia spontan disebabkan oleh penembusan merangsang daun untuk menghasilkan bola keras bulat dipanggil hempedu oak. (terima kasih incik Wikipedia!)

Itu serba sedikit cerita manjakani. Komposisi kandungannya boleh lah tanya kat incik Google ok. Incik Google ada banyak jawapan dan kebanyakannya sama je, ini kes copy paste la ni. Malas la aku nak join kelab copy paste tersebut.. Hehe

Lepas bersalinkan anak ke-3 aku mmg selalu simpan stok buah manjakani. Kadang-kadang (dan tersangat la jarang kadang-kadang itu huhu) aku akan tebus dan minum. Masa dalam pantang memang minuman rutin. Tapi lepas bersalin memang malas sikit la bercampur dengan kekangan masa dan sebagainya.

Sebagaimana semua tahu, air rebusan manjakani tersangat la pahit! So bila rebus aku akan bancuh cair saja, campur banyak air. Sebab tatahan pahitnya! Dan disebabkan itu, aku kurang mendapat manafaat buah manjakani...

Sehingga lah satu hari..

Kawanku mencadangkan aku kisar dan kapsulkan. Dia memang dah lama amalkan. So dari situ la aku mula buat untuk kegunaan sendiri.

Produk pertama kami, 100% serbuk manjakani tanpa campuran dengan 1001 khasiat, PURE GROUND MANJAQANI


Terbukalah hati di suatu hari untuk aku post di Instagram (please do follow my instagram: @ladywada). Dan dari situ akan mendapat feedback yang baik. Ramai yg pm dan cadangkan aku jual since dorang pun nak jugak kapsul aku buat tu.

Maka selepas itu, dengan gigihnya aku pun mula la mengisar lebihan stok buah manjakani dalam simpanan aku. Mula menambah stok kapsul dan bermula la satu kerja baru buat aku.

Sambil2 tu macam2 la idea datang bertimpa2. Dengan gigih sesangat buat kerja dan pada 24hb September 2013, aku launch produk ni dan bagi nama Pure Ground ManjaQani.

Kalau ada yang berminat dengan produk ni boleh hubungi saya di WhatsApp 0199969221 atau di www.facebook.com/manjakani ok

No comments:

Post a Comment